Sesi Pertukaran MoU UiTM dan IAIS: Memperkasa Kerjasama Antarabangsa

Title

Sesi Pertukaran MoU UiTM dan IAIS: Memperkasa Kerjasama Antarabangsa

Description

8 September 2025 - Pagi tadi, sesi pertukaran MoU antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS).

Istimewanya delegasi IAIS diketuai oleh Prof. Dr. Maszlee bin Malik, Chairman IAIS dan Mantan Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia. Hadir sama Profesor Dr. Nor Hafizah binti Hj. Mohamed Harith, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Perancangan Polisi (FSPPP).

Banyak perkara yang kami bincangkan bagi merealisasikan MoU yang telah ditandatangani. Terima kasih banyak Prof. Dr. Maszlee yang banyak membuka peluang untuk kerjasama seterusnya dan jaringan antarabangsa.

Selesai majlis, kami singgah di Cafe UiTM di bawah seliaan Hotel UiTM. Prof. Maszlee ada temujanji seterusnya, tetapi setelah menjamah sedapnya mee UiTM, Prof. sepontan berkata dalam Arab campur, “Ana uridu tapau” kerana ada Imam China Muslim bersama kami. Prof. memang multilingual, fasih berbahasa Inggeris, Melayu, Arab dan Mandarin. Memang tidak boleh lawan, tapi kami tetap respond juga dalam keempat-empat bahasa walaupun tidak sefasih Prof. Maszlee.

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#Merdeka
#malaysiamadanirakyatdisantuni
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku

Date

Language

Malay, English, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1A5iFt652c/

Files

MOU Signing UiTM IAIS (1).jpg
MOU Signing UiTM IAIS (2).jpg
MOU Signing UiTM IAIS (3).jpg
MOU Signing UiTM IAIS (4).jpg
MOU Signing UiTM IAIS (5).jpg
MOU Signing UiTM IAIS (6).jpg
MOU Signing UiTM IAIS (7).jpg
MOU Signing UiTM IAIS (8).jpg
MOU Signing UiTM IAIS (9).jpg
MOU Signing UiTM IAIS (10).jpg
MOU Signing UiTM IAIS (11).jpg
MOU Signing UiTM IAIS (12).jpg

Collection

Tags

Citation

“Sesi Pertukaran MoU UiTM dan IAIS: Memperkasa Kerjasama Antarabangsa,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 19, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1530.

Output Formats