GABUNGAN ALUMNI UiTM

alumni.jpg

Title

GABUNGAN ALUMNI UiTM

Description

Naib Canselor UITM, Profesor Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim bersama sama Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (ICAEN), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad, Pengarah Pusat Jaringan Alumni (ANC), Dr Ainul Azreen Adam dan Pengarah Pusat Jaringan Komuniti, Dr Mahadhir Ladisma melancarkan perasmian Gabungan Alumni UITM di Kinrara Resort, Puchong. Mohd Azraai, selaku Yang Dipertua Gabungan Alumni UiTM, berkata melalui gabungan ini, pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan dan diselaras contohnya inisiatif bagi meningkatkan tabung endowmen UiTM bagi membantu dan menyokong aktiviti komuniti pelajar, dermasiswa dan juga tajaan penyelidikan. Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir mencadangkan persatuan-persatuan alumni UiTM digabungkan di bawah satu ‘payung besar’ bagi memberi manfaat kepada institusi itu khususnya penuntut UiTM.

Tags

Citation

“GABUNGAN ALUMNI UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/153.

Output Formats