Konvokesyen Ke 102 UiTM : 24,018 Graduan Yang Telah Diraikan

Title

Konvokesyen Ke 102 UiTM : 24,018 Graduan Yang Telah Diraikan

Description



Syukur Alhamdulillah, petang Sabtu, 20 September 2025, kita melabuhkan tirai Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 (Sidang 25) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Sesi akhir di Shah Alam ini menyaksikan penganugerahan kepada seramai 883 orang graduan dari UiTM Cawangan Perak terdiri daripada Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, dan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.

Dari 24,643 orang graduan Konvokesyen ke 102, Alhamdulillah, seramai 24,018 graduan telah menerima ijazah dan diploma masing-masing.

Konvo kali ini,@ kami mempengerusikan 12 sidang dengan penganugerahan kepada lebih 10 ribu graduan yang kami usahakan untuk menyebut nama setiap seorang dengan ucapan Tahniah, Alhamdulillah.

InsyaAllah seramai 625 graduan dari UiTM Cawangan Sabah bakal menerima ijazah dan diploma masing-masing pada 8 dan 9 hb Oktober 2025 nanti yang kami juga akan terlibat mempengerusikan sidang di Kota Kinabalu, InsyaAllah.

Insya-Allah, seramai 625 graduan dari UiTM Cawangan Sabah bakal menerima ijazah dan diploma masing-masing pada 8 dan 9 Oktober 2025 nanti, dan kami juga akan terlibat mempengerusikan sidang di Kota Kinabalu, insya-Allah.

Tahniah kepada semua graduan dan keluarga, dan terima kasih kepada semua petugas dengan keterlibatan dari semua cawangan UiTM. 

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

اوسها تقوى مليا

Date

Format

Jpeg Image

Language

Malay, English, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/17RnQBX23E/

Files

Konvo 102 Melabuhkan Tirai (1).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (2).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (3).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (4).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (5).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (6).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (7).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (8).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (9).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (10).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (11).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (12).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (13).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (14).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (15).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (16).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (17).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (18).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (19).jpg
Konvo 102 Melabuhkan Tirai (20).jpg

Collection

Tags

Citation

“Konvokesyen Ke 102 UiTM : 24,018 Graduan Yang Telah Diraikan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed September 26, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1567.

Output Formats