Pra-Peluncuran MyGENTERA : Memupuk Budaya Keselamatan Jalan Raya dalam Kalangan Pelajar UiTM

Title

Pra-Peluncuran MyGENTERA : Memupuk Budaya Keselamatan Jalan Raya dalam Kalangan Pelajar UiTM

Description



Alhamdulillah berkat kerjasama MIROS
Malaysian Institute of Road Safety Research dan PLUS Malaysia Berhad dengan sokongan Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO, kami diberi penghormatan untuk pra-peluncuran MyGENTERA, program khusus untuk pelajar UiTM bagi memupuk budaya keselamatan jalan raya dalam kalangan generasi muda.

Bacaan ikrar ini telah dibuat sejurus gimik pra-peluncuran menyata komitmen keselamatan jalan raya belia bergema di kampus UiTM seluruh negara.

Majlis pra-peluncuran yang diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam sempena MDS Minggu Destini Siswa UiTM 2025 adalah simbolik komitmen UiTM dalam memperkasakan belia ke arah keselamatan jalan raya.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Nik Airina Nik Jaffar, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad yang juga Ahli LPU UiTM, YBrs. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Siti Zaharah Ishak, Ketua Pengarah MIROS; dan YBrs. En. Harun Bakar, Ketua Cawangan Pencegahan PERKESO. Terima kasih kepada PLUS Malaysia sebagai penaja utama kepada program ini.

Semoga usaha bersama ini diberkati dan memberi impak dalam menerbitkan dan mengukuhkan budaya keselamatan jalan raya dalam kalangan generasi muda, InsyaAllah.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Date

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic

Type

Media Social Post

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1AGdJKNV6N/

Files

Pra Peluncuran My GENTERA (1).jpg
Pra Peluncuran My GENTERA (2).jpg
Pra Peluncuran My GENTERA (3).jpg
Pra Peluncuran My GENTERA (4).jpg

Collection

Tags

Citation

“Pra-Peluncuran MyGENTERA : Memupuk Budaya Keselamatan Jalan Raya dalam Kalangan Pelajar UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 16, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1615.

Output Formats