Malam Lembayung Nusantara: Tautan Budaya Serumpun
Title
Description
Melabuhkan tirai semalam, hari Khamis, menghadiri Malam Lembayung Nusantara sempena Planning Students Assembly 2025 yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk TPr. Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), bertempat di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, alhamdulillah.
Program dwitahunan yang unik ini menghimpunkan pelajar Perancang Bandar dari pelbagai universiti dan politeknik, dan kini telah berkembang ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan universiti dari negara jiran, Indonesia.
Kami sempat mengulas tentang tema “Malam Lembayung” — kerana lembayung itu merujuk kepada waktu senja, simbol peralihan dan keindahan yang tenang. Manakala “Nusantara”, yang berasal daripada bahasa Sanskrit serta warisan Jawa/Melayu kuno, membawa makna yang berbeza di Malaysia dan Indonesia. Apa pun, kita ketepikan perbezaan, dan tautkan persamaan serta kebersamaan.
Tahniah kepada Dekan dan warga Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FAB). Terima kasih atas sokongan dan tajaan daripada pelbagai pihak.
Tema pakaianBusana Nusantara
Kami bertanjak lagi sampai ke malam — mengekalkan tema warna hitam dengan mengenakan baju Melayu dan rompi hitam.