Renungan Jumaat : Memuliakan Guru, Menjulang Barakah

Title

Renungan Jumaat : Memuliakan Guru, Menjulang Barakah

Description



Salam Jumaat,

Antara perkara yang dipesan kepada anak-anak mahasiswa baharu di MDS semalam adalah menghormati dan memuliakan guru. Semuanya telah dididik sewaktu di sekolah, hatta sehingga diajar bersalaman, memohon ampun, memohon dihalalkan ilmu sebelum memasuki peperiksaan.

Sayangnya, apabila meningkat dewasa dan melangkah masuk ke universiti, amalan dan pesan baik itu terkadang dilupa. Malah ada pula yang mencerca, memperlekeh para pensyarah dan pentadbir akademik, hingga institusi sendiri — tempat menadah ilmu — turut diaibkan.

Kami mengingatkan: Kesempurnaan itu hak mutlak Sang Pencipta.

Ketidaksempurnaan itu sifatnya yang dicipta.
Hanya para Nabi yang maksum. Maka, perlu sama-sama kita perbaiki mana yang lemah, saling menyokong dan saling menghormati dalam sebuah keluarga besar. Moga hidup kita dilitupi berkat dan rahmat Allah, insya-Allah.

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يُوَقِّرْ كَبِيرَنَا، وَيَرْحَمْ صَغِيرَنَا، وَيَعْرِفْ لِعَالِمِنَا حَقَّهُ
"Bukanlah termasuk golongan kami orang yang tidak menghormati yang lebih tua, tidak menyayangi yang muda, dan tidak mengetahui hak orang alim (bijak pandai)."
— Hadis Riwayat al-Tirmizi

Hormatilah orang yang lebih tua,
Sayangilah yang lebih muda,
Jagalah hak orang-orang berilmu dari kalangan kita.
Semoga hidup bertambah berkat, menghidupkan sunnah dan mendapat tempat sebagai umat Nabi Muhammad SAW.

❤️ صلو على النبي ❤️
Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic, English

Type

Media Social Post

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1DBjodzZEh/

Files

Hidup Bersunnah.jpg

Collection

Tags

Citation

“Renungan Jumaat : Memuliakan Guru, Menjulang Barakah,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 1, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1612.

Output Formats