Makluman : Program PROTÉGÉ MINDEF 2025/2026: Peluang Kerjaya Graduan di Bawah Yayasan LTAT
Title
Description
Kini Dibuka kepada:
Anak Warga ATM
Anak Veteran ATM
Anak Warga Awam MINDEF
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#UiTMdiHatiku
____________________________________________________________

PROTÉGÉ MINDEF 2025/2026 Kini Dibuka!
Kementerian Pertahanan Malaysia melalui Yayasan LTAT mempelawa graduan ijazah sarjana muda untuk menyertai Program PROTÉGÉ MINDEF. Program latihan intensif selama 12 bulan ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada suasana kerja di syarikat berprestij, malah membentuk sahsiah dan profesionalisme melalui teras RISE (Resilience, Integrity, Support & Excellence).
Teras RISE:
Resilience (Ketahanan) – Melahirkan PROTÉGÉ yang kental menghadapi cabaran, berdaya tahan serta mampu bangkit daripada kegagalan.
Integrity (Integriti) – Menyemai nilai kejujuran, amanah, etika kerja yang tinggi serta akauntabiliti dalam setiap tugasan.
Support (Sokongan) – Bimbingan ekosistem mentor-mentee yang profesional dan sokongan berterusan sepanjang tempoh latihan.
Excellence (Kecemerlangan) – Mendorong PROTÉGÉ untuk sentiasa berinovasi, melangkaui standard dan menetapkan penanda aras prestasi tinggi.
Dibuka kepada:
Anak Warga ATM
Anak Veteran ATM
Anak Warga Awam MINDEF
Manfaat Program:
Elaun bulanan RM2,000
Perlindungan SOCSO
Pengalaman bekerja di industri berkemahiran tinggi
Bimbingan mentor-mentee profesional
Peluang kerjaya jangka panjang
Platform pembinaan nilai RISE untuk kejayaan masa depan
Hantarkan resume anda ke:
protegemindef@yayasanltat.org.my
atau imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut.
Untuk pertanyaan: 03-2022 2069
Sertai sekarang dan RISE bersama PROTÉGÉ MINDEF demi masa depan yang lebih cemerlang!