Perkongsian Hantaran : Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025 Kembali!
Title
Perkongsian Hantaran : Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025 Kembali!
Description
Alhamdulillah satu kejayaan yang dicapai hasil kerjasama semua pihak, kementerian, agensi dan masyarakat. Atas sebab itu, FOI 2025 diteruskan lagi dan kali ini akan diadakan pada 4 hingga 8 November 2025. Komitmen yang diberi oleh YAB Perdana Menteri sendiri sebelum ini ialah untuk melihat FOI diadakan setiap tahun dengan lebih banyak kerjasama pelbagai pihak.
Pagi tadi, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Nasional Festival Idea Putrajaya (FOI) Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Mesyuarat turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hanna Yeoh, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Digital Malaysia, YB Datuk Wilson Ugak Kumbong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), YB M.Kulasegaran a/l V.Murugeson, Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud serta Timbalan Ketua Setiausaha daripada beberapa kementerian dan juga ketua agensi.
Pihak urusetia telah membentangkan perjalanan FOI pada tahun ini dan kita mengharapkan komitmen daripada setiap kementerian bagi menghasilkan impak lebih besar. FOI 2025 akan menampilkan dua Titah Diraja iaitu daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang akan berangkat nanti.
YAB Dato’ Seri Zahid turut menyampaikan hasrat agar semua pihak dapat memberi sumbangan kerana ini bukan sekadar idea tetapi juga sebagai ‘game changer’ untuk negara kita. Pada masa sama, beliau cuba mencadangkan agar sekretariat di peringkat KPT dilantik bagi memperhalusi segala bentuk idea yang dikemukakan dan langkah selanjutnya yang perlu diambil supaya lebih praktik.
InsyaAllah kita akan kongsikan dari semasa ke semasa berkenaan FOI 2025 dan program yang dijalankan termasuklah FOI di peringkat negeri-negeri. Doakan FOI 2025 berjalan lancar nanti.
Source
Official Facebook Page : Zambry Abd. Kadir
Date
Format
Digital Text & JPEG Image
Language
Malay
Type
Social Media Post
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1Bd6JVbE27/
Collection
Citation
“Perkongsian Hantaran : Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025 Kembali!,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 3, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1573.