Konvensyen 152 Peringkat Kebangsaan 2025: Gerakan Nasional Bahasa Melayu

Title

Konvensyen 152 Peringkat Kebangsaan 2025: Gerakan Nasional Bahasa Melayu

Description

Bahasa Melayu merupakan lambang maruah dan kedaulatan bangsa. Ia adalah bahasa jiwa yang mengikat sejarah, membina pemikiran dan menzahirkan jati diri rakyat Malaysia.

Terima kasih diucapkan YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi atas kesudian menyampaikan ucaptama seterusnya merasmikan Konvensyen 152 Peringkat Kebangsaan 2025. Terima kasih juga kepada YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, YB Menteri KPT atas sokongan dan hadir sama di majlis tadi.

Konvensyen ini merupakan manifestasi kerjasama strategik antara Kementerian Pengajian Tinggi dengan Universiti Teknologi MARA dengan sokongan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia.

Konvensyen ini telah menghimpunkan ahli akademik, penggubal dasar dan mahasiswa untuk bersama membangunkan ekosistem bahasa kebangsaan yang dinamik menjadi pencetus kepada Gerakan Nasional Bahasa Melayu yang merupakan satu kebangkitan baharu untuk mengembalikan roh bahasa sebagai bahasa ilmu, bahasa ekonomi dan bahasa diplomasi dunia. Insya-Allah.

Kami juga telah membacakan dan menyerahkan resolusi hasil ketetapan daripada perbincangan Sidang Meja Bulat 152 yang telah dijayakan pada 24 hingga 26 September 2025 oleh tokoh-tokoh ternama.

Hadir sama, Pengerusi LPU UiTM, DW Pengerusi MARA, Prof Datuk KPJPT, Dr KP DBP dan Pengurusan Eksekutif UiTM.

Terima kasih kepada semua terlibat dalam penganjuran ini, semua jawatankuasa pelaksana yang terlibat khususnya Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu di bawah Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa, Akademi Pengajian Bahasa UiTM, Bahagian Hal Ehwal Islam UiTM, dan tidak ketinggalan juga Dewan Bahasa dan Pustaka serta Persatuan Linguistik Malaysia.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Date

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Englis, Arabic

Type

Social Media Post

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1D6BJehKJx/

Files

Konvensyen 152 (1).jpg
Konvensyen 152 (2).jpg
Konvensyen 152 (3).jpg
Konvensyen 152 (4).jpg
Konvensyen 152 (5).jpg
Konvensyen 152 (6).jpg
Konvensyen 152 (7).jpg
Konvensyen 152 (8).jpg
Konvensyen 152 (9).jpg
Konvensyen 152 (10).jpg
Konvensyen 152 (11).jpg
Konvensyen 152 (12).jpg
Konvensyen 152 (13).jpg
Konvensyen 152 (14).jpg
Konvensyen 152 (15).jpg
Konvensyen 152 (16).jpg
Konvensyen 152 (17).jpg
Konvensyen 152 (18).jpg
Konvensyen 152 (19).jpg

Collection

Tags

Citation

“Konvensyen 152 Peringkat Kebangsaan 2025: Gerakan Nasional Bahasa Melayu,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 22, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1638.

Output Formats

Geolocation