Perkongsian di TV AlHijrah : Multaqa Ulama Senusantara Bersama Habib Umar di Pahang
Title
Description

Alhamdulillah pagi tadi selesai menjadi tetamu lagi dirancangan Assalamualaikum TVAlhijrah bersama YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli, Kerajaan Negeri Pahang
Multaqa ini Insya-Allah akan berlangsung seperti berikut:
Tarikh: 22 Rabiulakhir 1447 / 15 Oktober 2025
Hari: Rabu
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Indera Segara, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka
Orang sebelah turut gembira kerana dapat bertemu dengan ustazah dan pengacara kegemaran — puas bergambar. Alhamdulillah.
Selesai siaran langsung, terima kasih kepada YB YM Dato’ Sri Syed atas jemputan minum & sembang santai. Turut membuka salasilah masing-masing dalam meneruskan perjuangan leluhur menyebarkan syiar ke seluruh pelusuk Nusantara.
Moga Allah golongkan kita dalam kalangan yang benar dan menerima nusrah, pertolongan, kekuatan serta kekuasaan untuk menyebar syiar Islam. Amin.
وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَانًا نَّصِيرًا
"Dan katakanlah: 'Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.'"
(Surah Al-Isra, ayat 80)
Semoga segalanya dirahmati dan diberkati Allah SWT serta menambah rindu dan cinta kita kepada kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW. Amin.
صلو على النبي
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا