Makan Malam Rejimental Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-92
Title
Description
Alhamdulillah, menunai jemputan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, ke Makan Malam Rejimental Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-92 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur. Terima kasih Tan Sri atas jemputan bersama isteri.
Majlis dihadiri Yang Berhormat Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha (KSU), Panglima Perkhidmatan dan Ketua Staf Markas (KS MK) ATM beserta isteri masing-masing. Alhamdulillah mengambil peluang mengukuh ukhwah dengan pegawai-pegawai utama ATM.
InsyaAllah Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mula menawarkan program diploma berasaskan Work Based Learning (WBL) kepada anggota ATM bermula semester ini bagi memperluas akses pendidikan tinggi sekaligus membangunkan bakat anggota ATM.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا