Multaqa Ulama Bersama Habib Umar di UiTM Cawangan Pahang
Title
Description
Alhamdulillah, pagi ini TV Hijrah lagi. Ketentuan Allah jua atas segalanya.
قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
"Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal."
Pagi ini bersama YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang untuk menghebahkan MULTAQA ULAMA bersama Habib Umar sempena lawatan Habib ke Negeri Pahang Darul Makmur.
Multaqa ini adalah anjuran Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dan Pejabat Rektor UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang serta Jabatan Agama Islam Pahang.
Program akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut
:
Tarikh: 22 RabiulAkhir 1447 (15 Oktober 2025)
Hari: Rabu
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Indera Segara, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka
Semoga usaha murni ini bermanfaat, menambah ilmu, membawa keberkatan dan menambah cinta kepada Nabi Muhammad SAW, amin.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا