Aspirasi UiTM 2030: Halatuju dan Harapan Bersama AAGBS

Title

Aspirasi UiTM 2030: Halatuju dan Harapan Bersama AAGBS

Description

Alhamdulillah, semalam direzekikan menghadiri Majlis Aspirasi Strategik Intelek di Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS).

Kami sempat berkongsi aspirasi dan halatuju UiTM 2030, antara cabaran, paradoks dan harapan, menjiwai aspirasi Almarhum Tun Arshad Ayub yang namanya diabadikan di AAGBS. AAGBS perlu merangka halatuju yang seiring dan turut sama menyumbang kepada kelestarian UiTM seluruhnya.

Turut hadir, Yang Berusaha Profesor Dr. Norzanah Mat Nor, Dekan AAGBS, serta barisan Lembaga Penasihat AAGBS — Yang Berbahagia Tan Sri Bashir Ahmad bin Abdul Majid, Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Dasuki Abdul Majid, dan Yang Berbahagia Profesor Dr. Roslina Ab Wahid — yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam menyokong strategi pembangunan fakulti.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dihormati Tuan Haji Ts. Jamil Bakri dan Ts. Dr. Roozita Maskun, selaku wakil alumni AAGBS, di samping barisan pengurusan, kakitangan akademik dan pentadbiran AAGBS, serta para pelajar dan alumni yang diraikan.

Semoga tersemarak semangat warga AAGBS untuk terus bergerak seiring dengan aspirasi universiti, melangkah lebih jauh dalam menjadikan AAGBS sebagai institusi pascasiswazah unggul di peringkat global, Insya-Allah, amin.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Source

Official Facebook Page : Bahagian Komunikasi Korporat

Date

Format

Digital text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic

Type

Social Media Post

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1EYv4z5JQu/

Files

VC AAGBS  (1).jpg
VC AAGBS  (2).jpg
VC AAGBS  (3).jpg
VC AAGBS  (4).jpg
VC AAGBS  (5).jpg
VC AAGBS  (6).jpg
VC AAGBS  (8).jpg
VC AAGBS  (9).jpg
VC AAGBS  (10).jpg
VC AAGBS  (11).jpg
VC AAGBS  (12).jpg
VC AAGBS  (13).jpg
VC AAGBS  (14).jpg
VC AAGBS  (15).jpg
VC AAGBS  (16).jpg
VC AAGBS  (17).jpg
VC AAGBS  (18).jpg
VC AAGBS  (19).jpg
VC AAGBS  (20).jpg

Collection

Tags

Citation

“Aspirasi UiTM 2030: Halatuju dan Harapan Bersama AAGBS,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 22, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1630.

Output Formats