Keprihatinan UiTM Sabah Membantu Pelajar Baru Menghadapi Cabaran Pendaftaran
Title
Description

Walaupun bapa pelajar berasa gembira dengan tawaran ke UiTM, beliau terpaksa memohon pendaftaran lewat kerana kekangan kewangan untuk membeli tiket ke Kota Kinabalu dan perlu menunggu gaji masuk terlebih dahulu.
Unit Kebajikan UiTM Sabah segera bertindak menjejaki saudara Muhammad Qhairry Zaman bin Muhammad Badzuz Zaman yang ditawarkan program Diploma Keusahawanan Tani dan dijadual mendaftar pada 27 September 2025 di UiTM Cawangan Sabah.
Kami disambut oleh Qhairry dan ibu beliau, Dayangku Lijawati, seorang suri rumah. Qhairry anak kedua dari lima beradik dan sangat berminat dalam bidang pertanian dan perladangan. Semoga Qhairry dipermudahkan urusan dan berjaya dalam pembelajaran kelak, amin.
Selain sumbangan peribadi, kami turut menghadiahkan pin logo UiTM untuk membakar semangat beliau belajar dan menyemat UiTM di hati.
Walaupun kami mahu beredar, Qhairry menahan kami untuk minum Milo yang telah disediakannya sendiri.
Semoga Qhairry terus hidup diberkati, berilmu, beradab dan berbudi, amin.