Ucapan Penghargaan Kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi Atas Kesudian Menyantuni Program KARISMA Pemimpin Muda Madani

Title

Ucapan Penghargaan Kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi Atas Kesudian Menyantuni Program KARISMA Pemimpin Muda Madani

Description



Terima kasih Yang Berhormat Menteri (YBM) Dato’ Seri Dr Zambry Abd. Kadir yang meluangkan masa untuk menyantuni Program KARISMA Pemimpin Muda Madani anjuran AKEPT bersama Pensyarah Muda dan Pentadbir Muda UiTM Sabah, semalam 24 September 2025.

YBM telah mengingatkan peserta tentang tujuan penubuhan UiTM pada tahun 1956 untuk anak-anak Negeri Sabah dan kemudiannya penubuhan UiTM Sabah pada tahun 1973. Termaktub dalam Akta 173 menyatakan khusus tentang peranan UiTM berkaitan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. YBM juga mengulas cabaran Pendidikan Tinggi Negara dan keperluan untuk Pensyarah dan Pentadbir Muda agar tangkas dan anjal bertindak mengatasi cabaran tersebut.

YBM telah sudi menjawab pelbagai persoalan dan menerima bermacam cadangan dari Pensyarah dan Pentadbir Muda UiTM Sabah yang hadir.

Hadir sama Yang Berbahagia Datuk Ketua Setiausaha (KSU), Datuk Timbalan Ketua Setiausaha Pendidikan (TKSUP), Datuk Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan Rektor bersama Jawatankuasa Kumpulan Etika Negeri (JKEN) UiTM Sabah, juga beberapa orang pemimpin tempatan.

Terima kasih YBM atas sesi yang sangat interaktif dan menarik. Libat urus ini sangat bermakna buat warga UiTM khususnya warga Pensyarah dan Pentadbir Muda UiTM Sabah.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Date

Format

Digital Text & JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic

Type

Social Media Post

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/19YrKpfhLe/

Files

Program Anjuran AKEPT  (1).jpg
Program Anjuran AKEPT  (2).jpg
Program Anjuran AKEPT  (3).jpg
Program Anjuran AKEPT  (4).jpg
Program Anjuran AKEPT  (5).jpg
Program Anjuran AKEPT  (6).jpg
Program Anjuran AKEPT  (7).jpg
Program Anjuran AKEPT  (8).jpg
Program Anjuran AKEPT  (9).jpg
Program Anjuran AKEPT  (10).jpg
Program Anjuran AKEPT  (11).jpg
Program Anjuran AKEPT  (12).jpg
Program Anjuran AKEPT  (13).jpg
Program Anjuran AKEPT  (14).jpg
Program Anjuran AKEPT  (15).jpg
Program Anjuran AKEPT  (16).jpg
Program Anjuran AKEPT  (17).jpg
Program Anjuran AKEPT  (18).jpg
Program Anjuran AKEPT  (19).jpg
Program Anjuran AKEPT  (20).jpg

Collection

Tags

Citation

“Ucapan Penghargaan Kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi Atas Kesudian Menyantuni Program KARISMA Pemimpin Muda Madani,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 3, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1576.

Output Formats