Perkongsian Hantaran : Perkongsian Daripada Yang Berhormat Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi Mengenai Program KARISMA Pemimpin Muda Madani

Title

Perkongsian Hantaran : Perkongsian Daripada Yang Berhormat Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi Mengenai Program KARISMA Pemimpin Muda Madani

Description

Perkongsian Hantaran : 

Alhamdulillah, malam tadi saya berkesempatan bersama-sama pensyarah muda dan pentadbir muda UiTM Sabah dalam program KARISMA PEMIMPIN MUDA MADANI yang dianjurkan oleh AKEPT.

Program siri ke-8 ini bukan sekadar sebuah pertemuan biasa, tetapi wadah penting untuk kita membentuk generasi pemimpin baharu dalam dunia akademik dan kepimpinan. Anak-anak muda inilah yang bakal menjadi tulang belakang kepada pengurusan universiti, mencorakkan dasar, dan memastikan agenda pendidikan tinggi terus bergerak seiring dengan tuntutan zaman.
Saya percaya bahawa kepimpinan tidak hanya terletak pada jawatan, tetapi bagaimana kita bergerak sebagai satu pasukan serta kebijaksanaan dalam mendepani cabaran. Sebab itu ketika awalnya saya mencadangkan program ini bertujuan untuk memberi ruang kepada generasi baharu akademia menyalakan potensi mereka, menyumbang idea segar, dan memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi negara.

KARISMA juga sebagai platform untuk saya berinteraksi secara terus dengan pemimpin muda ini dan ini juga adalah masa untuk saya mendengar pelbagai pandangan, idea serta permasalahan yang perlu kita selesaikan secara tuntas.

Kita akan meneruskan KARISMA di IPT lain dengan harapan satu hari nanti akan melahirkan barisan kepimpinan muda yang akan menerajui Malaysia ke arah lebih gemilang.

Terima kasih AKEPT dan UiTM Sabah.

Source

Official Facebook Page : Zambry Abd. Kadir

Date

Format

Digital Text & JPEG Image

Language

Malay

Type

Social Media Post

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1BJgF1KrZR/

Files

YBM KPT Di UITM Sabah (1).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (2).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (3).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (4).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (5).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (6).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (7).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (8).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (9).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (10).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (11).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (12).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (13).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (14).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (15).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (16).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (17).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (18).jpg
YBM KPT Di UITM Sabah (19).jpg

Collection

Tags

Citation

“Perkongsian Hantaran : Perkongsian Daripada Yang Berhormat Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi Mengenai Program KARISMA Pemimpin Muda Madani,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 3, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1577.

Output Formats