Lawatan Persediaan Sambutan Pelajar Baharu di UiTM Kampus Tawau
Title
Description

Meneruskan tugas di Negeri di Bawah Bayu, kami melawat UiTM Kampus Tawau untuk memantau persiapan menerima pelajar baharu, khususnya pelajar Pra-Diploma.
Alhamdulillah, persiapan telah dilakukan dengan teliti dan sumber yang ada dioptimumkan. Liputan Wi-Fi yang sebelum ini tiada di kolej kediaman kini telah lengkap dipasang, hasil komitmen YAB Perdana Menteri dalam memastikan kemudahan asas capaian internet untuk mahasiswa di semua universiti awam diselesaikan tahun ini.
Sempat juga menguji kelajuan Wi-Fi di Kolej Siswa dan Siswi. Pesanan untuk pelajar janganlah asyik tengok Korea dan main Mobile Legend, fokus pada pembelajaran ya!
Tahniah dan terima kasih kepada sukarelawan mahasiswa dari Kampus Kota Kinabalu yang berasal dari Tawau atas bantuan ikhlas mereka dalam membantu adik-adik yang akan mendaftar pada hari Sabtu ini.