Program KARISMA Pemimpin Muda Madani 2025: Pengurusan Krisis dan Memperkasa Universiti Keramat bersama Pakar Akademik

Title

Program KARISMA Pemimpin Muda Madani 2025: Pengurusan Krisis dan Memperkasa Universiti Keramat bersama Pakar Akademik

Description



Program KARISMA Pemimpin Muda Madani 2025 untuk Pensyarah Muda dan Pentadbir Muda Universiti Teknologi MARA Sabah diteruskan lagi pagi ini dengan perkongsian oleh Yang Berbahagia Dato’ Profesor Dr. Md Amin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berkongsi tajuk Pengurusan Krisis dalam Institusi Pengajian Tinggi.

Setelah itu, kami pula berkongsi dalam sesi forum yang dimudahcara oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Amer Shakir Zainol, Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa) yang membicarakan tajuk “Memperkasa Universiti Keramat.”

Istilah “Universiti Keramat” didefinisikan dengan akar kata dari bahasa Arab ك ر م yang membawa maksud kemuliaan, kehormatan, kebaikan, dan kemurahan hati. Lantas, beliau menyeru yang hadir agar menjiwai, menghayati dan menyelami maksud sebenar Keramat dengan menjadi warga yang ikhlas, berjiwa mulia, saling menghormati, menyebar kebaikan, dan bermurah hati.

Sesi ini turut mengupas cabaran Pensyarah dan Pentadbir Muda yang dikenali sebagai 3 C’s iaitu Chaos, Complex, dan Contradiction yang boleh diatasi dengan 3 C’s yang lain iaitu Cooperation, Communication, dan Compassion.

Kami juga mengulangi perkongsian dari Dato’ Seri Idris Jala berkaitan ESSA:

  1. Eliminate

  2. Simplify

  3. Standardize

  4. Automate

Selain itu, dikongsikan juga Dato’ Seri Idris Jala’s 3 Baskets:

  1. Bakul A – Apa yang perlu dihentikan

  2. Bakul B – Apa yang perlu diteruskan

  3. Bakul C – Apa yang perlu dimulakan (Inisiatif Baru)

Mulakan perubahan dengan sumber dalam kawalan kita, disebarkan kepada orang keliling kita, kemudian kepada organisasi seterusnya kepada masyarakat.

خيرُ الناسِ أنفعُهم للناسِ
Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia.

Pelbagai persoalan yang dibangkitkan dijawab dan cadangan yang dilontarkan turut didengar.

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا

Date

Format

Digital Text & JPEG Image

Language

Malay, Arabic, English

Type

Social Media Post

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/19tEqniimi/

Files

VC Program KARISMA (1).jpg
VC Program KARISMA (2).jpg
VC Program KARISMA (3).jpg
VC Program KARISMA (4).jpg
VC Program KARISMA (5).jpg
VC Program KARISMA (6).jpg
VC Program KARISMA (7).jpg
VC Program KARISMA (8).jpg
VC Program KARISMA (9).jpg
VC Program KARISMA (10).jpg
VC Program KARISMA (11).jpg
VC Program KARISMA (12).jpg
VC Program KARISMA (13).jpg
VC Program KARISMA (14).jpg
VC Program KARISMA (15).jpg
VC Program KARISMA (16).jpg

Collection

Tags

Citation

“Program KARISMA Pemimpin Muda Madani 2025: Pengurusan Krisis dan Memperkasa Universiti Keramat bersama Pakar Akademik,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 16, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1579.

Output Formats