Kunjungan Hormat & Kolaborasi Strategik UiTM–TLDM di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin (MPLD)
Title
Description

Pagi 30 September 2025, kunjung hormat kepada Panglima Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TLDM, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Abd Halim bin Hj Shaari. Disambut mesra oleh pengurusan dan kepimpinan MPLD.
Selesai membuat perbincangan kerjasama antara UiTM dan TLDM, kami menyampaikan Executive Talk kepada Pegawai Muda TLDM bertajuk "Menguasai Kepimpinan Digital dalam Pertahanan Maritim". Sempat juga membuat lawatan ke KDP (Waspada) dan PUSPED (ASTT).
Sebelah petang pula, Dato’ Halim telah menyantuni kami dengan membawa kami menaiki kapal layar TLDM untuk merasai sendiri pengendalian sebuah kapal layar.
Terima kasih Dato’ dan kepimpinan MPLD TLDM atas sambutan dan pelayanan terbaik.
PALAPES Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
