Coretan Hati Buat Anak Bangsa: Belajar Rajin-Rajin, Solat Jangan Tinggal
Title
Description

Ingat apa yang ayah bisik kelmarin.
Ingat genggaman erat emak ketika sama-sama membimbit barang ke kolej.
Jangan siakan derai air mata mama sewaktu melihat anda pergi.
Ingat kehangatan dakapan ummi sambil menyampaikan pesan.
Ingatlah renungan ayah yang penuh harapan.
Sentuhan abah itu kelu seribu bahasa, menahan sebak tapi menerima ketetapan — perlu berpisah demi segunung ilmu.
Walaupun waktu itu engkau gembira, seolah bebas ke dunia lain,
Tapi ada juga yang sedih... mengharap doa ibu ayah yang tidak putus-putus.
Dan yang pasti, antara pesan yang meniti di bibir ibu dan ayah:
Belajar rajin-rajin… Solat jangan tinggal…
Wahai anak-anak harapan bangsa...
Genggam pesan azimat ibu ayah.
Kelak, hadiahkan mereka segulung ijazah dan kesenangan hidup yang mendatang — dunia dan akhirat, insyaAllah. Aamin.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا