Menjunjung Kasih & Merafak Takziah Atas Pemergian Bonda DYMM Tengku Permaisuri Selangor
Title
Description
Selasai tugas di kolej kediaman tadi, bergegas ke Masjid Negeri untuk solat jenazah Bonda kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Hajah Esah binti Tahar yang telah kembali ke Rahmatullah.
Alhamdulillah, mewakili seluruh warga UiTM, direzekikan sempat menjunjung duli dan merafak sembah takziah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan juga ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor atas kembalinya ke Rahmatullah Bonda Tengku Permaisuri Selangor.
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَها ، وَارْحَمْـها ، وَعَافِها ، وَاعْفُ عَنْـها
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#takziah
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️