Rezeki Kayuhan Subuh : Semangat, Ukhuwah & Kenangan Lama Menggamit Kembali
Title
Description
Alhamdulillah, awal pagi tadi, sebelum ke kampus, direzekikan cuaca yang baik. Lama tak dapat average speed macam ni. Allah rezekikan jumpa 3 jet pejuang ni — dapat tumpang cangkuk, ambik angin.
Si tukang tarik main 40 km/h, turun naik bukit sama ajer. Turun bukit, dipepahnya 55 km/h. Sedar-sedar kena air mercik... ingatkan hujan dah turun, rupanya peluh brother rider depan.
Mengimbau memori, teringatkan kami sorang sahabat rider — kita yang mandi peluh dia.
Sempat ucap terima kasih dan bagi salam kepada tiga rider power ni. Mantap! Sorang tu jawab, “Terima kasih juga, nanti jumpa lagi bang.” Sebab kami lah bagi “clear”, tukang check belakang clear untuk potong... sumbangan jugak tu. Dah lah tumpang angin saja...
Kayuh jangan tak kayuh!!!
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
