Tinjauan Proses Pendaftaran Pelajar Baharu

Title

Tinjauan Proses Pendaftaran Pelajar Baharu

Description



Pagi Ahad, 28 September 2025, hari kedua Pendaftaran Pelajar Baharu UiTM Shah Alam bagi Sesi Akademik Oktober 2025 – Februari 2026 telah berlangsung dengan lancar, alhamdulillah. Walaupun hujan telah turun, insya-Allah ia membawa rahmat; walaupun basah, menyamankan suasana. Terima kasih kepada semua petugas, staf dan mahasiswa yang meredah hujan dan panas untuk memastikan yang terbaik bagi mahasiswa baharu.

Kami sempat meninjau perjalanan proses dan SOP pendaftaran bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi; Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia, Encik Wan Ahmad Rahiman Wan Abd Rahim; Pengarah Pusat Residensi & Hospitaliti Pelajar, Puan Hjh. Ikhwana Hj. Misnan; serta semua pengetua-pengetua kolej kediaman.

UiTM komited memastikan kelancaran proses pendaftaran dan kebajikan pelajar baharu terjamin di seluruh sistem UiTM. Walaupun berlaku kesesakan, terutama bila hari hujan, proses sebenar mendapatkan kunci kolej hanyalah beberapa minit. Proses dipantau secara digital dan menggunakan kod QR. Sempat tadi melihat, ada yang kena gunting rambut bagi memastikan kerapian keterampilan dan kemas bukan sahaja waktu MDS tetapi sepanjang pengajian. Jagalah budi bahasa, budi pekerti dan akal budi, jati diri warga UiTM.

Sebarang masalah kesihatan dan kekurangan upaya dikesan dari awal, dari masalah alahan hinggalah yang paling serius. Kami sempat melihat bilik khas yang disediakan untuk pelajar yang memerlukan dan tandas OKU yang disediakan. Masih ada ruang untuk kami tambah baik, insya-Allah.

Sempat juga beramah mesra bersama pelajar dan ibu bapa. Antara yang sempat kami sapa: Tuan Lokman bin Tuan Kamalud, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Muar, bersama isteri dan keluarga — orang Mersing yang telah mastautin di Muar; kemudian jumpa Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), bersama isteri dan keluarga, tetap memilih UiTM kerana anakanda beliau telah menyemat UiTM di hati sewaktu mengikuti program Asasi, alhamdulillah; jumpa juga Rektor UiTM Perlis, Prof. Madya Dr. Ahmad Nizan bin Mat Noor, menghantar anakanda mengikuti program undang-undang. Tahniah.

Rata-rata anak-anak yang ditemui memang memilih UiTM dan mendapat kursus yang dipohon. Ada yang pilihan pertama, ada yang pilihan kedua, ada yang mengaku dalam permohonan UPU, 1-6 semuanya UiTM. Kata seorang pelajar teruja, pastinya tiada yang kena “lelong”.

Saya sempat berpesan kepada semua anak-anak: jangan sia-siakan peluang, tunaikan amanah besar ini dan buat yang terbaik serta pastikan kuasai bahasa Inggeris sebaik mungkin. Andalah penerus pejuang bangsa dalam akademik demi agama, bangsa dan tanah air.

Semoga semua mahasiswa baharu segera menyesuaikan diri untuk bersiap mengikuti kuliah nanti dengan jayanya, insya-Allah. Amin.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Date

Format

Digital Text & JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic

Type

Social Media Post

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1FT3yZ7VYD/

Files

VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (1).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (2).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (3).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (4).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (5).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (6).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (7).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (8).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (9).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (10).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (11).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (12).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (13).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (14).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (15).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (16).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (17).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (18).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (19).jpg
VC Tinjau Proses Pendaftaran Pelajar Baharu (20).jpg

Collection

Tags

Citation

“Tinjauan Proses Pendaftaran Pelajar Baharu,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 3, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1591.

Output Formats