Perkongsian Sempena Hari Akademia: Fitnah AI, Akademia & Masa Depan Generasi Muda

Title

Perkongsian Sempena Hari Akademia: Fitnah AI, Akademia & Masa Depan Generasi Muda

Description



Alhamdulillah, cikgu-cikgu otai kalau bagi tajuk, buka saja mulut, muqaddimah ajer dah 15 minit.

Sempat menyampaikan mesej Hari Akademia yang disambut pada 5 Oktober setiap tahun dan pelancaran yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri semalam di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan memaklumkan sambutan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 7hb Oktober 2025, Selasa, bertempat di Dewan Seri Budiman.

Insya-Allah, akan ada forum menarik dengan tajuk:
"Akademia Pemangkin Masa Depan Generasi Muda Malaysia".

Mengupas juga tajuk Fitnah AI, sejarah ilmu mantik, logik, penaa’kulan, sumbangan sarjana Islam antaranya Al-Farabi, hingga kepada AI atau Kecerdasan Buatan dan aplikasinya hari ini. Bergurau dengan hos Saudara Naufal tentang apa beza: cerdas, pintar, pandai dan bijak.

Secara ringkas juga mengulas cara kita keluar dan menghadapi fitnah besar akhir zaman ini — keupayaan mengenal antara yang haq dan yang batil, antara kebenaran dan kepalsuan…

Moga perkongsian ini bermanfaat.

Terima kasih kepada Sdr. Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli dan Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) yang menyusun atur peluang ini dan sama-sama menganjur sambutan Hari Akademia UiTM. MITASA antara pencetus kepada Hari Akademia seluruhnya.

Terima kasih kepada Penerbit Eksekutif, Krew, Host Saudara Naufal Hatta rancangan Assalamualikum TVAlhijrah atas peluang dan slot yang diuntukkan.
Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Date

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic

Type

Social Media Post

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1GDzRW2HD7/

Files

Perkongsian Sempena Hari Akedemia (1).jpg
Perkongsian Sempena Hari Akedemia (2).jpg
Perkongsian Sempena Hari Akedemia (3).jpg
Perkongsian Sempena Hari Akedemia (4).jpg
Perkongsian Sempena Hari Akedemia (5).jpg
Perkongsian Sempena Hari Akedemia (6).jpg
Perkongsian Sempena Hari Akedemia (7).jpg

Collection

Tags

Citation

“Perkongsian Sempena Hari Akademia: Fitnah AI, Akademia & Masa Depan Generasi Muda,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 14, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1621.

Output Formats