Majlis Pertukaran Dokumen MoU UiTM dan Airscan Sdn. Bhd.
Title
Description
Pagi Rabu, 1 Oktober 2025, Majlis Pertukaran Dokumen MoU di antara UiTM dan AIRSCAN Sdn. Bhd. telah berlangsung, disaksikan oleh Duta Besar Belgium, TYT Peter Van Acker. Syarikat tersebut adalah anak syarikat Airscan Belgium yang merupakan spin-off dari CO2logic, sebuah firma penasihat di Belgium berkaitan alam sekitar dan cuaca.
Airscan diwakili Jérôme De Waele, Managing Director, juga salah seorang daripada pengasas Airscan Belgium. Hadir sama, Fatin Syazana, Country Manager, Airscan Malaysia. UiTM diwakili Prof. Dr. Mohd Haidzir bin Abd Manaf, Dekan Fakulti Sains Kesihatan dan pasukan penyelidik dari FSK.
Semoga usahasama antara FSK dan Airscan memberi manfaat kepada semua pihak, Insya-Allah, amin.
Macam-macam yang kami sembang dengan TYT Duta Belgium — selain tentang UiTM, dari budaya Malaysia sampai masuk bab batik, sejarah bendera, dan keterlibatan pelabur Belgium di Malaysia sejak dahulu lagi.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا