Resolusi Sidang Meja Bulat 152

Title

Resolusi Sidang Meja Bulat 152

Description



24–26 September 2025
UiTM Shah Alam

Tokoh-tokoh yang terlibat:

  • YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan

  • Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong

  • Prof. Dr. Nor Hashimah binti Jalaluddin

  • Prof. Madya Dr. Ramalinggam a/l Rajamanickam

  • Dr. Haji Ainol Amriz Ismail

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Konvensyen 152 Peringkat Kebangsaan mengangkat ketetapan dalam Persidangan Meja Bulat yang telah diadakan pada 24, 25 dan 26 September 2025 di UiTM Shah Alam.

Enam ketetapan Konvensyen 152 ini adalah hasil muafakat, perbincangan mendalam serta komitmen semua pihak terhadap matlamat bersama.

Ketetapan Pertama:
Menubuhkan Lembaga Bahasa Kebangsaan (LBK) yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Ketetapan Kedua:
Melantik Atase Bahasa Melayu bagi setiap kedutaan di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri.

Ketetapan Ketiga:
Menetapkan 80 peratus penggunaan kandungan formatif Bahasa Melayu yang tepat dan betul.

Ketetapan Keempat:
Memohon pertimbangan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mewajibkan penawaran kursus Bahasa Melayu (dengan syarat wajib lulus bergraduat) di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Ketetapan Kelima:
Memberi pengiktirafan rasmi kepada pakar bahasa dan linguistik Melayu yang membawa gelaran Ikhtisas Linguist (Lg).

Ketetapan Keenam:
Mengangkat tulisan Jawi dalam urusan rasmi di semua agensi kerajaan Persekutuan, badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Sekian, terima kasih.

#vcuitm7

Creator

Official Facebook Page : Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi

Date

Format

Digital Text, MP4 Video (Duration 02Mins 4secs)

Language

Malay

Type

Social Media Post

Local URL

https://www.facebook.com/share/v/1GD4jwFWbT/

Files

ss resolusi 152.jpg
Resolusi Sidang Meja Bulat 152.mp4

Collection

Citation

Official Facebook Page :Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi, “Resolusi Sidang Meja Bulat 152,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 23, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1648.

Output Formats