Ulang siar : Majlis Peluncuran Festival of Idea@Perak 2025
Title
Subject
Description
SERI ISKANDAR - 11 & 12 Oktober 2025 : Majlis Peluncuran Festival Of Idea@Perak Tahun 2025 telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. Majlis ini berlangsung di Dewan Ibnu Al-Khatib UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.
Program ini dianjurkan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi dan dijayakan oleh semua IPTA dan IPTS seluruh negeri Perak.
Pelbagai acara dijalankan merangkumi siri forum perbincangan, pembentangan, bengkel dan peluang kolaborasi, di mana peserta (mahasiswa) akan berpeluang untuk mendapatkan pengalaman daripada pakar industri, bertemu dengan individu yang berkongsi minat yang sama terhadap industri kreatif, dan memperoleh pengetahuan dan sumber yang berharga untuk membantu meningkatkan inisiatif keusahawanan kreatif mereka.
Turut berlangsung pada acara ini pertukaran Memorandum Persefahaman UiTM bersama Syarikat Tempatan dan Antarabangsa serta MERCY Malaysia.
Rakan Usaha Sama :
-
Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak
-
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN)
-
Tourism Perak
-
Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT)
-
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
-
Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM)
-
Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (FSKIK, UPSI)
-
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
-
People of Remarkable Talents (PORT)
Rakan Usaha Sama (Indonesia) :
-
Humanika Art Space
-
Pensil Desain, Indonesia
-
Kriya Desain, Indonesia
Antara aktiviti yang dijalankan :
-
Special Appearance AIMI
-
GroundWave Persembahan Nyanyian (Local & Indie Bands)
-
International WoodArt & Furniture Design
-
Industry Forum
-
Persembahan Kebudayaan
-
Skateboard Competition
-
Pocket Events
-
Creative Preneur Market
-
Workshop & Competition
-
E-Sport@community
-
Academic Forum
-
Food Bazaar & Trucks
-
Fun Ride & Run
-
Autoshow
Turut hadir pada program ini tetamu kehormat Menteri Pendidikan Tinggi YB Senator Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, Orang Besar Jajahan Perak Tengah YDH. Toh Seri Bijaya Leftenen Kolonel Dato' Shaharudin Haji Nazari, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan YBhg. Encik Khairudin Haji Abu Hanipah, Yang Dipertua Majlis Daerah, Ketua Pejabat Pendidikan Daerah, Pengurusan Tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi, Pengarah Bahagian Jabatan Pengajian Tinggi, Pengurusan Tertinggi Jabatan Pengajian Tertinggi Jabatan Pengajian Tinggi, Ketua Penyelaras Konsep dan Pengisian Festival Idea Putrajaya, Pengarah Bahagian Hubungan Industri Jabatan Pendidikan Tinggi, dan barisan Pengurusan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta.