Kunjungan Timbalan Perdana Menteri ke Universiti Teknologi MARA: Peluncuran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035

Title

Kunjungan Timbalan Perdana Menteri ke Universiti Teknologi MARA: Peluncuran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035

Subject

Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035, Keusahawanan Bumiputera, Universiti Teknologi MARA, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Tinggi

Description

Buat kali ketiga dalam tempoh seminggu, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bertandang lagi ke Universiti Teknologi MARA.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, merasmikan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 @Universiti Teknologi MARA, Penyertaan, Pemilikan, Penguasaan.

Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir, Yang Berhormat Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi atas sokongan dan hadir sama di majlis tadi, walaupun ada ketetapan lain Yang Berhormat Menteri tetap bersama Universiti Teknologi MARA!

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Malaysia sekarang ialah Yang Berbahagia Dato’ Nor Azmie bin Diron.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Timbalan Perdana Menteri mengumumkan cadangan menjadikan Universiti Teknologi MARA universiti keusahawanan global untuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional bagi memperkasa agenda keusahawanan dan kemahiran teknikal Bumiputera seiring pelaksanaan Pelan Transformasi Bumiputera 2035 (Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035).

Program Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 adalah pelan kerajaan untuk meningkatkan sosioekonomi komuniti Bumiputera melalui peningkatan penyertaan ekonomi, pemilikan dan penguasaan dalam jangka masa panjang. Inisiatif ini merangkumi pelbagai program untuk memperkasa usahawan, perniagaan dan individu Bumiputera melalui pembiayaan, latihan kemahiran dan sokongan strategik.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi atas kepercayaan kepada Universiti Teknologi MARA!

Globally Renowned, Locally Rooted


دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا

Creator

Source

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic

Type

Social Media Post, Event Documentation

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/14MgYH1Yabu/

Files

Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (1).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (2).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (3).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (4).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (5).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (6).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (7).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (8).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (9).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (10).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (11).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (12).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (13).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (14).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (15).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (16).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (17).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (18).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (19).jpg
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (20).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Kunjungan Timbalan Perdana Menteri ke Universiti Teknologi MARA: Peluncuran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 23, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1650.

Output Formats