Kayuhan Pagi Ahad, 2 November 2025
Title
Subject
Description

Tenangnya waktu pagi, Subhanallah. Ikut loop biasa, tapi sudah lama tidak lalu sini. Rider Melaka mesti biasa — loop Bemban ke Seri Negeri ini memang terbaik.
Terpaksa masukkan semula wheelset Mavic lama ini — “besi” pun besi lah! Fulcrum Carbon yang pancit tempoh hari belum sempat tukar tiub. Apa pun, Alhamdulillah, dapat juga 40km sebelum ke Putrajaya, ada tugas pagi ini.
Aman ride solo, merenung dan bermuhasabah diri, mengimbau beratnya amanah yang dipikul sejak 2 November 2023. Moga Allah SWT memandu kita ke jalan yang terbaik untuk Universiti Keramat ini, agar dapat membuat keputusan yang terbaik.
اللَّهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ
Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan, serta rezekikanlah kami untuk menjauhinya.
(HR Baihaqi no. 1760; al-Ṭabarāni no. 987)
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petunjuk yang lurus dalam urusan kami.
(Surah Al-Kahfi, ayat 10)
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى، وَالتُّقَى، وَالْعَفَافَ، وَالْغِنَى
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, kehormatan diri, dan kecukupan.
(HR Sahih Muslim no. 2721; al-Tirmidzi no. 3488)
Allahumma Amin.