Majlis Perjanjian Pelantikan UiTMCNS sebagai Mutawalli oleh JAWHAR dan MAINS
Title
Subject
Description
Alhamdulillah, terima kasih kepada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) atas kerjasama memeterai perjanjian dan melantik Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan sebagai Mutawalli dalam majlis pertukaran dokumen yang bertempat di d’Tempat Country Club, Sendayan.
Wakaf bukan sekadar amalan memberi harta, tetapi sesuatu yang lahir daripada keikhlasan, kasih sayang dan keprihatinan terhadap orang lain. Wakaf menjadi tanda cinta kepada akhirat dan kasih sesama manusia.
Turut hadir Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Zainal Said; Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa Universiti Teknologi MARA), Profesor Dr. Amer Shakir Zainol; dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Universiti Teknologi MARA, Profesor Madya Ts. Dr. Noorlis Ahmad, yang menjalankan fungsi Rektor; bersama Jabatan Kejuruteraan Negeri Sembilan serta warga Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan.