Lawatan Jumaat ke UiTM Kampus Tawau : Aspirasi & Halatuju Bersama Warga UiTM Dan Sukarelawan Majlis Perwakilan Pelajar
Title
Description

Alhamdulillah, pagi Jumaat direzekikan untuk bertemu dengan semua warga UiTM Kampus Tawau bersama sukarelawan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk Minggu Destini Siswa (MDS) esok. Terima kasih semua pensyarah, pentadbir dan pelaksana yang telah hadir dan memberi pandangan dan pertanyaan tentang hala tuju Kampus Tawau.
Kami mulakan dengan pertanyaan kepekaan warga terhadap sejarah, demografi, kepentingan Tawau dan Sabah secara umum. Dengan populasi menghampiri 400 ribu dan aktiviti ekonomi masih lagi tertumpu kepada pertanian dan perikanan, khususnya komoditi kelapa sawit dan koko, UiTM Tawau mampu menjadi agen pemangkin kepada perubahan.
Kampus Tawau telahpun wujud hampir 30 tahun, tetapi menghadapi pelbagai cabarannya tersendiri. Kami juga berkongsi pelan halatuju strategik UiTM yang sedang digubal untuk menetapkan haluan universiti keramat ini untuk 5 tahun akan datang dan selanjutnya. Sesi soal jawab asalnya perlahan menjadi rancak sehingga ke waktu akhir. Terima kasih semua warga Kampus Tawau.
Pastinya, Kampus Tawau mempunyai potensi dan keunikannya tersendiri. Dengan semangat kerjasama, insya-Allah tiada yang mustahil yang tidak dapat ditangani bersama. Didoakan yang terbaik untuk Kampus Tawau.
Turut hadir Rektor UiTM Sabah dan Koordinator Kampus Tawau.
