“Masuklah untuk Belajar” – Seruan kepada Mahasiswa UiTM
Title
Description

كڤد سموا انق٢ مهاسيسوا،
ماسوقله اونتوق بلاجر.
“Masuklah untuk belajar”, itu kata-kata keramat di gerbang masuk ITM suatu ketika dahulu.
Kepada pelajar baharu UiTM, selamat datang ke dunia baharu yang penuh cabaran dan peluang. Ibu bapa tidak minta pulangan besar, cuma mahu melihat anaknya berusaha. Belajar dengan tekun walau badai datang bertalu-talu. Biarkan mereka tersenyum puas, melihat anak yang tak pernah menyerah.
Saya menyeru kepada semua mahasiswa baharu dan lama, tumpukan usaha menunaikan amanah ini, gunakan masa yang sangat berharga untuk belajar dan timbalah ilmu sebanyak mungkin untuk bekal masa depan yang tidak menentu. Inilah perjuangan hakiki seorang mahasiswa untuk bahagia hidup dunia akhirat, tanda cintanya kepada agama, bangsa dan tanah air.
Anda insan terpilih bagi meneruskan sebuah perjuangan!
Usaha, takwa, mulia