Perkongsian Hantaran : YB Menteri Pendidikan Tinggi Menyantuni Penerima Inisiatif Bantuan Awal Pendidikan UiTM Secara Maya

Title

Perkongsian Hantaran : YB Menteri Pendidikan Tinggi Menyantuni Penerima Inisiatif Bantuan Awal Pendidikan UiTM Secara Maya

Description

26 September 2025 – Telah berlangsungnya satu perjumpaan secara maya yang telah menemukan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir bersama pelajar-pelajar yang menerima manfaat inisiatif Bantuan Awal Pendidikan UiTM. Seramai 37 orang pelajar telah menerima bantuan ini yang mewakili keseluruhan UiTM dari 34 kampus di seluruh negara, merangkumi cawangan di negeri-negeri seperti Selangor, Johor, Sabah, Sarawak, Perak, Pahang, Kelantan, Melaka, Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan dan lain-lain.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) ingin merakamkan seangkasa penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YB Menteri di atas keprihatinan beliau yang berjiwa besar dalam memastikan pelajar diberi sokongan kewangan bagi memulakan pengajian dengan lebih tenang. Dalam ucapan santai beliau sewaktu sesi, beliau mengingatkan kepada para pelajar baharu yang bakal mendaftar untuk tidak menjadikan kesempitan ekonomi sebagai penghalang untuk mereka berusaha gigih mencapai kejayaan dalam pendidikan, seterusnya berusaha untuk mengubah nasib keluarga.

Setinggi-tinggi penghargaan turut ditujukan kepada Encik Hirman bin Awang selaku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa (YPS), di atas usaha gigih dan komitmen beliau dalam memastikan kejayaan inisiatif ini.

Tidak dilupakan juga, YBrs. Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, atas kepimpinan dan dorongan beliau yang sentiasa mengutamakan kebajikan pelajar, dibantu oleh YBrs. En. Wan Ahmad Rahiman Wan Abd. Rahim, selaku Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia, JHEP UiTM atas sokongan berterusan dalam menjayakan matlamat ini.

Diharapkan agar para penerima bantuan dapat menuntut ilmu dengan jiwa yang tenang, dan penuh bersemangat untuk beroleh keputusan yang cemerlang, seterusnya menjadi insan yang mengembalikan manfaat kepada generasi yang mendatang.

Semoga sinergi seumpama ini terus memberi impak positif dan menjadi inspirasi bagi memperkasakan kecemerlangan pelajar UiTM pada masa hadapan, tanpa mengira latar belakang dan taraf ekonomi masing-masing.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Date

Format

Digital Text & JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic

Type

Social Media Post

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/177Pfcv3jD/

Files

YBM KPT Santuni Pelajar UiTM (1).jpg
YBM KPT Santuni Pelajar UiTM (2).jpg
YBM KPT Santuni Pelajar UiTM (3).jpg
YBM KPT Santuni Pelajar UiTM (4).jpg
YBM KPT Santuni Pelajar UiTM (5).jpg

Collection

Tags

Citation

“Perkongsian Hantaran : YB Menteri Pendidikan Tinggi Menyantuni Penerima Inisiatif Bantuan Awal Pendidikan UiTM Secara Maya,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 25, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1585.

Output Formats