Persidangan Majlis Alumni UiTM: Wadah Baharu Penyatuan Jutaan Alumni UiTM
Title
Description
Alhamdulillah, malam tadi sejarah terlakar untuk UiTM dan pendidikan tinggi negara, Majlis Alumni UiTM bersidang buat pertama kalinya. Majlis ini menjadi pelantar utama yang menghubung jutaan Alumni ITM/UiTM kembali kepada Alma Mater keramat ini, dihubung kepada Pengurusan UiTM dan kepada Lembaga Pengarah UiTM. Ianya satu-satunya majlis rasmi seumpamanya.
MAUiTM dipengerusikan oleh salah seorang ahli LPU iaitu YBhg Datuk Haji Mustaffa Kamil Ayub, dianggotai oleh Pengurusan Utama UiTM dan wakil-wakil dari Persekutuan Alumni UiTM.
UiTM kini mempunyai 40 persatuan alumni yang diiktiraf dan sebuah persekutuan yang menaungi semua persatuan yang lain. Perlembagaan persekutuan yang telah diluluskan oleh Lembaga UiTM menggariskan persatuan alumni boleh berasaskan kampus, fakulti dan kelab.
Kami turut berbincang halatuju bersama dan penyelarasan dan jaringan yayasan dan koperasi yang wujud yang melibatkan alumni UiTM bagi tujuan mencari dana bagi membantu balik pelajar yang memerlukan bantuan dan keperluan pengurusan UiTM.
Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat, khas kepada TNC ICAN yang menyelesaikan usaha penubuhan majlis sebelum beliau bersara hujung bulan ini. TQ Prof J.