Salam Jumaat: Kenali Diri, Sucikan Hati

Title

Salam Jumaat: Kenali Diri, Sucikan Hati

Description



Salam Jumaat,

Antara nyawa… hati… jiwa… ruh… qalbu… dan nafs,
fahamkah kita akan maknanya?
Tanyalah sama hati,
kenalkah jiwa yang mendiam di dalam diri?

Kalimat hukamā’:
من عرف نفسه عرف ربه
"Barang siapa mengenal dirinya, maka ia mengenal Tuhannya."

Semoga kita sentiasa berusaha menjaga, melindungi dan menyuburkannya dengan takwa,
serta menyucikan hati –
yang pada hakikatnya, Pemilik hatilah jua yang menyucikannya.


Doa Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam RA:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ يَقُولُ:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَالْهَرَمِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ.
اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا.

Maksudnya:
Daripada Zaid bin Arqam RA, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ biasa berdoa:

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas, pengecut dan bakhil, daripada tua yang membawa kehinaan serta daripada azab kubur.

Ya Allah, kurniakanlah kepada jiwaku ketakwaannya, dan sucikanlah ia — Engkaulah sebaik-baik yang menyucikannya, Engkaulah pelindung dan pemiliknya.
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tidak pernah puas, dan daripada doa yang tidak diperkenankan."
(Hadis Riwayat Muslim, no. 2722)


Allahumma Ameen. 
Ṣallu ʿalan-Nabī 

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا

Creator

Source

Date

Format

Digital Text, Jpeg Image

Language

Malay, Arabic, English

Type

Social Media Post / Religious Reflection

Files

558858571_822170800335717_4834414354861326019_n.jpg

Collection

Citation

Official Facebook Page : Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi, “Salam Jumaat: Kenali Diri, Sucikan Hati,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 22, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1640.

Output Formats