Hari Ini Dalam Sejarah ITM/UiTM - Perletakan Batu Asas Pembinaan Kampus Oleh YAB Tun Abdul Razak
Title

Description
Perkongsian Hantaran :
Pada 14 Oktober 1967, batu asas bagi pembinaan kampus telah diletakkan oleh Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak dan dengan itu, nama Maktab MARA secara rasminya ditukar kepada Institut Teknologi MARA.
Pembangunan ITM dalam tempoh tahun-tahun tersebut dikatakan berkembang pesat ekoran perkembangan program pembelajarannya, yang sejajar dengan peningkatan keperluan tenaga kerja pada masa itu.
Pelbagai bidang kursus mendapat hasil kerjasama dengan institusi antarabangsa dan ITM telah menawarkan program-program Diploma lanjutan setaraf dengan program ijazah. Pembangunan ITM boleh dilihat dalam jangka masa tiga fasa yang merangkumi tempoh selama 32 tahun secara keseluruhannya.
Fasa yang pertama (1967-1976) khusus kepada pendeklarasian ITM sebagai satu badan bebas yang memiliki kampus seluas 300 ekar di Shah Alam dan diletakkan di bawah penjagaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Fasa yang kedua (1976-1996) memperlihatkan ITM dengan kemampuannya di dalam bidang pengajian tinggi. Ia telah membawa kepada pelepasan Akta ITM 1976 yang menempatkan ITM di bawah Kementerian Pendidikan.
Fasa yang ketiga (1996-1999) mengambil tempat berikutan daripada keputusan pindaan Akta 1976 yang meletakkan ITM setaraf dengan universiti-universiti lain di dalam negara. ITM telah dimandatkan dengan kuasa penuh beroperasi sebagai sebuah universiti namun kekal dengan nama asalnya sehingga tahun 1999.

Creator
Official Facebook Page : Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
Source
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Format
Digital Text, JPEG Image , Link Of Web Site
Language
Malay, English, Arabic
Type
Social Media Post, Institutional History
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/17F8yVvhMe/
Collection
Citation
Official Facebook Page : Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi, “Hari Ini Dalam Sejarah ITM/UiTM - Perletakan Batu Asas Pembinaan Kampus Oleh YAB Tun Abdul Razak,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 23, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1664.