KPT Gariskan 67 Program Strategik Pacu Kecemerlangan Pendidikan Tinggi 2026

Title

KPT Gariskan 67 Program Strategik Pacu Kecemerlangan Pendidikan Tinggi 2026

Subject

Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026

Description


Perkongsian Dari Page Facebook Kementerian Pengajian Tinggi 

Pemerkasaan agenda pendidikan tinggi negara bagi tahun 2026 akan berpaksikan kepada penilaian keberkesanan impak bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat optimum kepada pemegang taruh.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa kesinambungan program sedia ada perlu melalui proses analisis impak yang menyeluruh dan bukan sekadar menjadi rutin tahunan semata-mata.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat penutup pada Seminar Perancangan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2026 yang berlangsung di ibu negara siang tadi.
KPT telah mengenal pasti sebanyak 67 buah program strategik yang merangkumi 26 Agenda Transformatif dan 41 Program 'Signature' yang dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun hadapan.

YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry turut menekankan keperluan pendekatan yang lebih praktikal dalam merancang program dengan mengambil kira kekangan peruntukan serta realiti ekonomi semasa.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim dalam pembentangannya menjelaskan bahawa semua perancangan tahun 2026 telah dipetakan selari dengan kerangka besar Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2026-2035.

Program-program yang dirangka meliputi impak merentasi lima (5) elemen utama iaitu sektor institusi; sektor industri; Institusi Pendidikan Tinggi (IPT); golongan pelajar; dan akademia.

Kementerian juga komited untuk memperkemas proses tadbir urus antara agensi bagi memastikan peruntukan penyelidikan dan pembangunan dapat disalurkan dengan lebih efisien bermula awal tahun.
Seminar selama tiga (3) hari telah telah berjaya mengumpulkan percambahan fikiran daripada pengurusan tertinggi Kementerian dan IPT bagi memaktubkan hala tuju strategik sektor ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Datuk Dr. Mohd Nor Azman Hassan; Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Shamsuri Abdullah; para Naib Canselor IPT Awam; serta para pegawai kanan Kementerian, jabatan dan agensi.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Facebook Page :  Kementerian Pendidikan Tinggi

Date

Relation

Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026, Pendidikan Tinggi Malaysia

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay

Type

Social Media Post (Facebook), Official Announcement

Coverage

Kuala Lumpur, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1FukgTsoQu/

Files

Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 (1).jpg
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 (2).jpg
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 (3).jpg
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 (4).jpg
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 (5).jpg
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 (6).jpg
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 (7).jpg
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 (8).jpg
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 (9).jpg
Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2026 (10).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “KPT Gariskan 67 Program Strategik Pacu Kecemerlangan Pendidikan Tinggi 2026,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 18, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1825.

Output Formats