Majlis Kemuncak Bulan Kualiti Dan Inovasi UiTM 2025

Title

Majlis Kemuncak Bulan Kualiti Dan Inovasi UiTM 2025

Subject

Inovasi dan kualiti, pengiktirafan kecemerlangan, Anugerah Kualiti Naib Canselor 2025

Description

Semalam, 1 Rejab 1447, 22 Disember 2025 telah berlangsung Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2025 yang penuh bermakna, menghargai kreativiti, inovasi dan kecemerlangan warga UiTM.

Bertemakan Ledakan Kreativiti, acara kemuncak tahunan ini disempurnakan di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Di tuan rumahkan oleh Fakulti Farmasi bersama Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) juga UiTM Global (UG).

Memberi pengiktirafan kepada cawangan, jabatan, bahagian, unit dan fakulti yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta komitmen tinggi terhadap peningkatan kualiti masing-masing.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan atas kejayaan bergelar juara keseluruhan bagi Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2025.

Ucapan syabas dan tahniah juga kepada semua pemenang bagi setiap kategori atas usaha serta komitmen luar biasa yang telah ditunjukkan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Fakulti Farmasi yang telah mengemudikan majlis ini dengan lancar dan cemerlang.

Tahniah juga diucapkan kepada Fakulti Alam Bina yang telah terpilih sebagai tuan rumah Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2026.

Sambil membuat refleksi GRU2025 ke arah UiTM2030, bersama-sama kita terus melangkah ke hadapan, menjulang inovasi dan kualiti sebagai tonggak kecemerlangan UiTM menjadi Universiti Unggul, Pemacu Bumiputera Profesional.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Contributor

Fakulti Farmasi, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), UiTM Global (UG)

Relation

Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM, Anugerah Kecemerlangan Naib Canselor (AKNC), AKNC 2025

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Post (Facebook), Event Report / Event Documentation

Coverage

UiTM Shah Alam, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1bDwvavWH9/

Files

Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (1).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (2).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (3).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (4).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (5).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (6).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (7).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (8).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (9).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (10).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (11).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (12).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (13).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (14).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (15).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (16).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (17).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (18).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (19).jpg
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM  (20).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Majlis Kemuncak Bulan Kualiti Dan Inovasi UiTM 2025,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 20, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1861.

Output Formats