Lawatan Kerja dan Pemantauan Projek Penggantian Bumbung Kolej Kediaman UiTM Puncak Alam
Title
Subject
Description

Semalam, sepagian di UCS. Awal pagi, singgah di Fakulti Farmasi untuk mendengar taklimat tentang sambutan Hari Inovasi serta melihat kemudahan fakulti.
Selesai menghadiri program UiTM–SPRM dan menunaikan solat Zohor, kami membuat lawatan tapak bagi meninjau perkembangan projek penggantian bumbung Kolej Kediaman Angsana di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Projek yang bermula pada 11 Jun 2025 ini dijangka siap sepenuhnya pada 11 September 2026 dengan kos keseluruhan bagi blok penginapan Kolej Angsana 1, 2, 3, 4, 5 serta Kolej Rafflesia 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 bernilai RM4.5 juta.
Kami naik sehingga ke bumbung. Ramai juga yang pertama kali berpengalaman melihat dari dekat masalah kebocoran terdahulu serta pelaksanaan penyelesaian yang sedang dilakukan. Dengan jaminan bumbung untuk 30 tahun akan datang, kami turut mengesan beberapa isu. Walaupun disampaikan sambil senyum, teguran yang dibuat perlu diperbetulkan kerana implikasinya besar dan memberi kesan jangka panjang. Ketelitian dalam tugas amat diperlukan.
Excellence is not about doing extraordinary things, but doing ordinary things extraordinarily well.
Sempat juga menyapa para pekerja asing kontraktor yang beragama Islam, bertanyakan tempat mereka bersolat serta penerimaan terhadap pengajian yang konsisten.
Usaha menaik taraf prasarana ini adalah atas keprihatinan dan tanggungjawab universiti serta kerajaan terhadap aspek keselamatan dan keselesaan pelajar. Bersama Rektor UiTM Cawangan Selangor, jurutera, arkitek dan staf teknikal, kami turut mengambil peluang menyantuni para pelajar yang berada di kolej kediaman sepanjang lawatan tersebut.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا