Dirgahayu Cinta : Pameran Khas Istiadat Perkahwinan Diraja Selangor
Title
Dirgahayu Cinta : Pameran Khas Istiadat Perkahwinan Diraja Selangor
Subject
Pameran Khas, Dirgahayu Cinta, Pemeran Di Muzium Istana Alam Shah Dirgahayu Cinta, Istiadat Perkahwinan Diraja, Raja Muda Selangor, Pameran Khas, Muzium Sultan Alam Shah, PADAT, UiTM
Description
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, telah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan perasmian Pameran “Dirgahayu Cinta” di Muzium Sultan Alam Shah bersama Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz, serta diiringi oleh YB. Datuk Borhan bin Aman Shah, Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor dan YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam.
Pameran Khas yang menghimpunkan keindahan adat, warisan dan simbolik istiadat diraja yang penuh makna, memperlihatkan busana, perhiasan, tatacara istiadat serta dokumentasi sejarah yang menjadi saksi penyatuan dua hati dalam lipatan warisan diraja Selangor.
Pameran khas ini dilhamkan daripada hasrat murni Tuanku agar rakyat jelata dapat mendekati serta menghayati keindahan, kehalusan dan ketinggian adat istiadat Diraja Selangor, khususnya yang berkaitan dengan Istiadat Perkahwinan Diraja.
UiTM melalui kepakaran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, telah dilantik sebagai jurugambar, perunding dan rakan kerjasama PADAT dari bermulanya istiadat diraja dari merisik, bertunang, persandingan Diraja hingga kepada susunatur Pameran yang langsungkan. Terima kasih kepada Profesor Madya Ts. Dr. Azhar Abd Jamil, Dekan Fakulti AD (Art & Design) dan semua warga fakulti yang terlibat, mengharumkan nama UiTM, Tahniah!
Pameran ini dibuka kepada orang ramai bermula 9 Januari hingga 31 Mei 2026, dan orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan pameran berprestij ini.
Hayati keindahan adat, warisan dan simbolik istiadat diraja yang penuh makna menerusi pameran khas ini.
9 Janurai 2026 - 31 Mei 2026
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam
Dibuka kepada Orang ramai bermula 10 Januari 2026 bagi menyaksikan khazanah diraja yang jarang dipertontonkan.
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam
Dibuka kepada Orang ramai bermula 10 Januari 2026 bagi menyaksikan khazanah diraja yang jarang dipertontonkan.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Istiadat Perkahwinan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, English, Arabic (Jawi)
Type
Social Media Post (Facebook), Exhibition Documentation Posting
Coverage
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1BKmSUM8t3/
Collection
Citation
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA , “Dirgahayu Cinta : Pameran Khas Istiadat Perkahwinan Diraja Selangor,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 17, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1882.
