Lawatan Rasmi : Lawatan dan Sesi Bersama Warga UiTM Cawangan, Pulau Pinang Kampus Bertam
Title
Lawatan Rasmi : Lawatan dan Sesi Bersama Warga UiTM Cawangan, Pulau Pinang Kampus Bertam
Subject
Lawatan Rasmi Naib Canselor UiTM, Tadbir Urus Universiti, Kebajikan Pelajar,Libat Urus Kampus
Description

Alhamdulillah pagi tadi direzkikan berkunjung ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam.
Terima kasih Rektor Penang, YBhg. Prof. Dato' Ir Dr Hj Ahmad Rashidy Razali, Penolong Rektor Kampus Bertam, Ts. Dr. Mohamad Azhar Mohd Noor, bersama-sama barisan JKEN dan pengurusan kanan Kampus Bertam yang telah menyantuni kami pagi tadi.
Dimulakan dengan taklimat tentang Kampus Bertam oleh Ts Dr Mohamad Azhar Mohd Noor (Penolong Rektor), kemudian dibawa melawat kemudahan infrastruktur termasuk makmal Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan.
Dapat berkongsi maklumat dan berinteraksi bersama warga kampus Bertam serta Permatang Pauh dalam sesi Ramah Mesra di Dewan Kuliah 2.
Dikesempatan lawatan ini juga, sempat merasmikan booth Food Bank serta meninjau perjalanan MPP Care: Kongsi rezeki sempena peperiksaan akhir.
Inilah komitmen berterusan pihak pengurusan UiTM dalam memperkukuh tadbir urus institusi serta menzahirkan sikap keterbukaan dalam kalangan warga UiTM. Terima kasih semua .
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Official Visit
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, English, Arabic(Jawi)
Type
Social Media Posting (Facebook)
Coverage
UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1AKJEJYsiT/
Collection
Citation
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA , “Lawatan Rasmi : Lawatan dan Sesi Bersama Warga UiTM Cawangan, Pulau Pinang Kampus Bertam,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 18, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1940.