Lawatan Rasmi : Lawatan dan Sesi Bersama Warga UiTM Cawangan Kedah
Title
Subject
Description

Selesai di Bertam, saya terus ke UiTM Cawangan Kedah dan disambut oleh Profesor Madya Dr. Mahazir bin Ismail, Rektor UiTM Kedah, serta JKEN. Sesi dimulakan dengan taklimat mengenai perkembangan kampus, khususnya projek pembangunan.
Selepas sesi bersama JKEN, saya terus ke Dewan Kuliah untuk sesi perkongsian dan ramah mesra bersama seluruh warga UiTM Kedah. Alhamdulillah, saya menekankan kepentingan kebersamaan, keterangkuman, ketelusan dan sikap positif.
Niat yang ikhlas merupakan kunci kepada semua perkara, termasuk keberkesanan PdP, yang terasnya adalah kebergantungan kepada Yang Esa.
اللَّهُ الصَّمَدُ
Allah adalah Tuhan yang kepada-Nya segala sesuatu bergantung.
Saya juga sempat meninjau kemajuan projek di Kampus UiTM Kedah bagi menyediakan kemudahan terbaik untuk siswa UiTM, insya-Allah.
Kedah atas pelayanan terbaik!