Ucapan Penghargaan dan Perpisahan Naib Canselor Ke-7 UiTM

Title

Ucapan Penghargaan dan Perpisahan Naib Canselor Ke-7 UiTM

Subject

Naib Canselor UiTM, Kepimpinan Universiti, Penghargaan, Ucapan Perpisahan, Pengurusan Universiti, Warga UiTM, Alumni UiTM, Universiti Teknologi MARA

Description


Alhamdulillah, segala puji bagi-Mu atas keizinan-Mu jua, melengkapkan pelaksanaan sebuah amanah besar ini. 
Jutaan terima kasih kepada YB Dato' Seri Menteri KPT, DS Dr. Zambry Abd. Kadir atas segala kepercayaan dan peluang yang diberikan untuk saya berkhidmat sebagai Naib Canselor UiTM di bawah kepimpinan YB DS.

Alhamdulillah dengan sokongan LPU, MEU, Majlis Rektor, Majlis Dekan, Majlis Profesor, MPK, persatuan, kesatuan dan kerjasama seluruh warga UiTM, meneruskan legasi perjuangan orang terdahulu dengan penambahbaikan berterusan, kewangan, infrastruktur, penawaran akademik, penyelidikan juga termasuk tatakelola.

Atas segala kelemahan diri yang serba fakir, jika ada kata yang tak terkota dan juga atas besarnya amanah UiTM ini, saya dan isteri ingin memohon maaf atas segala kekurangan, kesalahan, kesilapan dan mohon halal atas segalanya.
Kalau dikejar dunia, tak akan dapat
Kalau dapat tak akan banyak
Kalau banyak tak akan puas
Kalau puas tak akan lama
Kalau dikejar akhirat, pasti dapat
Kalau dapat pasti banyak
Kalau banyak pasti puas
Kalau puas pasti lama

Didoakan yang terbaik untuk UiTM, untuk diteruskan perjuangan ilmu demi masa depan anak bangsa, direzekikan kepimpinan terbaik, mengekalkan semangat, kerjasama saling mempercayai, meletakkan kepentingan UiTM mendahului diri, amin

Jutaan terima kasih kepada semua sekali lagi atas segalanya, semoga dimudahkan segala urusan, moga ukhwah berkekalan hingga ke jannah dan kita semua sentiasa dirahmati Allah, amin 

Sebagai alumni universiti keramat ini, Insya-Allah UiTM tetap di hatiku!

جزاكم الله خير الجزاء

Logging out:
Naib Canselor ke-7 UiTM

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan ucapan penghargaan dan perpisahan daripada Naib Canselor Ke-7 UiTM

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Hadith)

Type

Social Media Posting (Facebook)

Coverage

Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1TE7B5hC1c/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Ucapan Penghargaan dan Perpisahan Naib Canselor Ke-7 UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2493.

Output Formats