Majlis Jamuan Teh Sempena Lawatan Negara Presiden Republik Arab Mesir ke Malaysia
Title
Majlis Jamuan Teh Sempena Lawatan Negara Presiden Republik Arab Mesir ke Malaysia
Subject
Lawatan Negara, Abdel Fattah El-Sisi, Anwar Ibrahim, Hubungan Malaysia-Mesir, Kerjasama Pendidikan Tinggi, Mobiliti Pelajar, Pertukaran Akademik, Penyelidikan Bersama, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Belanjawan 2027, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Proton Saga, Seri Perdana
Description

Alhamdulillah, petang semalam, meninggalkan bengkel di ILD seketika untuk menghadiri Majlis Jamuan Teh Sempena Lawatan Negara TYT Presiden Republik Arab Mesir Ke Malaysia di Seri Perdana Putrajaya.
Semoga hubungan Malaysia–Mesir terus diperkukuh melalui pelbagai kerjasama pendidikan dan pelaburan.
Terkejut juga bila masuk ke Seri Perdana ada dua buah Proton Saga di ruang legar, memperlihat jenama negara mendapat tempat di Mesir.
Majlis dihoskan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan kehadiran Presiden Mesir, TYT Abdel Fattah El-Sisi dan rombongan. Turut hadir YB Menteri-Menteri Kabinet.
Semoga kerjasama dan hubungan baik dua negara akan membuka lebih banyak ruang untuk pertukaran ilmu, mobiliti pelajar dan ahli akademik serta penyelidikan bersama antara institusi pendidikan tinggi kedua-dua negara.
Turut hadir rakan-rakan Naib Canselor UA. Terima kasih Datuk Prof. KPPT menamakan kami untuk turut hadir.
Sempat merakamkan ucapan terima kasih secara peribadi kepada YAB PM DS Anwar Ibrahim dengan sokongan YBM KPT atas pembentangan bajet untuk KPT khususnya peningkatan OE dan DE untuk UiTM, Alhamdulillah.
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hantaran ini berkaitan dengan kehadiran Naib Canselor UiTM ke Majlis Jamuan Teh sempena lawatan negara Presiden Republik Arab Mesir ke Malaysia
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay
Type
Social Media Posting (Facebook),Diplomatic Event Update
Coverage
- Seri Perdana, Putrajaya, Malaysia
- Malaysia
- Republik Arab Mesir
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1JF2CoZZBj/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Majlis Jamuan Teh Sempena Lawatan Negara Presiden Republik Arab Mesir ke Malaysia,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2439.