Kunjungan Hormat UiTM kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib

Title

Kunjungan Hormat UiTM kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib

Subject

Kunjungan Hormat, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib, Universiti Teknologi MARA (UiTM), UiTM Cawangan Pulau Pinang, Pendidikan Kejuruteraan, Semikonduktor, Seni Seramik, Sejarah ITM, Alumni UiTM, Pembangunan Institusi

Description



Pagi Khamis, 22 Oktober 2026, melakukan Kunjungan Hormat ke atas TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib bersama Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil, Pengerusi LPU, Dato’ Mohd Azmi Hj Othman, Ahli LPU dan Rektor UiTM Pulau Pinang.

Menyampaikan taklimat ringkas perkembangan UiTM Pulau Pinang khususnya berkaitan bakat dalam bidang kejuruteraan dan Semikonduktor. Selain itu Tun juga menyatakan minat dan keperluan untuk meningkatkan hasil tangan seni tempatan dalam bidang seramik setelah menghadiahkan Seramik dari TPS Ceramic Hub kepada Tun.

TYT Tun pernah menjadi Pensyarah Undang-Undang di ITM satu ketika dahulu dan TS Pengerusi telah menghadiahkan sesalinan permohonan jawatan, surat tawaran pekerjaan dan surat berhenti kerja tulisan tangan Tun waktu itu sebagai rekod untuk simpanan peribadi Tun.

Perbualan sangat mesra, menyentuh pelbagai perkara termasuk hobi Tun berbasikal. Terima kasih TYT Tun atas kesudian menerima kunjungan dari UiTM, siap dengan jamuan minum pagi dan membawa kami melawat kediaman rasmi Seri Mutiara, Alhamdulillah. Terima kasih TYT Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib!

Sempat juga menyantuni ADC Tun yang juga Alumni UiTM. UiTM sentiasa di Hati!

Selesai di Seri Mutiara, menemani Tan Sri melawat kampus Permatang Pauh sebelum mempengerusikan panel temuduga Dekan petang ini.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan kunjungan hormat delegasi UiTM kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, perbincangan mengenai perkembangan UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam bidang kejuruteraan dan semikonduktor, serta usaha memperkukuh hubungan antara UiTM dengan kepimpinan negeri

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay

Type

Social Media Posting (Facebook), Official Visit, Courtesy Visit

Coverage

  • Seri Mutiara, Pulau Pinang, Malaysia
  • UiTM Cawangan Pulau Pinang, Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1EEKDtXHkH/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Kunjungan Hormat UiTM kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2466.

Output Formats