Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Roslinda Alias atas Penganugerahan Transforming Educational Institution Award 2026

Title

Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Roslinda Alias atas Penganugerahan Transforming Educational Institution Award 2026

Subject

Prof. Madya Dr. Roslinda Alias, Transforming Educational Institution Award, Global Educators Award 2026, Pendidikan Inklusif, Pendidikan Mesra OKU, Pengiktirafan Akademik, Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM, Universiti Teknologi MARA

Description



Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Ilahi.
Seluruh warga Universiti Teknologi MARA merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Prof. Madya Dr. Roslinda Alias, Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM, atas penganugerahan Transforming Educational Institution Award sempena Global Educators Award 2026 yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, serta turut dihadiri oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Menteri Pendidikan dan YAB Menteri Besar Perak.

Seluruh warga universiti berasa amat bangga dengan pengiktirafan berprestij ini. Ia membuktikan komitmen berterusan UiTM dalam memperkasakan pendidikan inklusif dan memartabatkan ekosistem pengajian tinggi yang mesra OKU di peringkat global.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin semangat kepada seluruh warga universiti untuk terus memacu kecemerlangan serta menabur bakti demi agama, bangsa, dan pertiwi.
Tahniah sekali lagi!

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan penganugerahan Transforming Educational Institution Award kepada Prof. Madya Dr. Roslinda Alias sempena Global Educators Award 2026 sebagai pengiktirafan terhadap usaha memperkasakan pendidikan inklusif dan ekosistem pengajian tinggi mesra OKU.

Format

Digital Text,JPEG Image

Language

Malay, English

Type

Social Media Posting (Facebook), Award Recognition, Academic Achievement, Inclusive Education, Institutional Achievement, Higher Education

Coverage

Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1AHhq1Uzxe/

Files

Collection

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Roslinda Alias atas Penganugerahan Transforming Educational Institution Award 2026,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 6, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2500.

Output Formats