Program Bakti Siswa Madani di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka

Title

Program Bakti Siswa Madani di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka

Subject

Program Bakti Siswa Madani, Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka, Ab Rauf bin Yusoh, Mahasiswa UiTM, Kesukarelawanan Mahasiswa, Khidmat Masyarakat, Pemerkasaan Komuniti, Sejarah Melayu, MPP Melaka, Sukarelawan Mahasiswa

Description


Alhamdulillah, pagi hujung minggu 25 Oktober 2026, sempat menghadiri  Program Bakti Siswa Madani di Kampung Pulau, Masjid Tanah dengan kehadiran lebih 300 mahasiswa. 

Terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Haji Ab Rauf bin Yusoh yang telah meluangkan masa menyantuni  mahasiswa walaupun dalam kepadatan jadual YAB.

Dalam ucapan beliau, titipan penting YAB kepada mahasiswa, jangan sekadar menjadi mahasiswa yang belajar sejarah, tetapi jadilah generasi yang berani mengkaji, membongkar dan mendokumentasikan sejarah bangsa.

YAB mengingatkan Sejarah Melayu bukan sekadar cerita masa lalu, di situlah kita menemukan jati diri, kekuatan dan kebijaksanaan bangsa untuk menjadi panduan generasi akan datang.

Beliau menegaskan keperluan meluruskan kebengkokan sejarah yang diciptakan oleh penjajah, lalu diwariskan kepada generasi ini dan masa depan. Mengingatkan kita sebenarnya adalah bangsa yang hebat!
 
Hadir sama, Profesor Dr. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka, YBhg. Prof. Ts. Dr. Azhan bin Hashim, Rektor UiTM Cawangan Pahang dan Prof. Dr. Amer Shakir Zainol, Penolong Naib Canselor Pemerkasaan Adiwangsa.

Terima kasih kepada MPP Melaka dan Sukarelawan Mahasiswa Shah Alam, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang telah menjayakan program Bakti Siswa ini, menziarah dan mengecat rumah asnaf, gotong-royong pembersihan masjid dan pelbagai aktiviti lain bersama masyarakat setempat juga kepada staf yang terlibat melaksanakan pemeriksaan kesihatan kepada orang kampung.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan pelaksanaan Program Bakti Siswa Madani di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka yang melibatkan mahasiswa UiTM

Format

Digital Text, JPEG/PNG Image

Language

Malay

Type

Social Media Posting (Facebook), CSR Program, Student Community Service, Student Volunteer Programme, Community Engagement, Institutional Event

Coverage

Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1HXBB8vSMk/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Program Bakti Siswa Madani di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2478.

Output Formats