Keberangkatan Yang Dipertuan Agong bagi Menyempurnakan Istiadat Konvokesyen UiTM Yang ke 105, Sidang 1
Title
Subject
Description

17 Oktober 2026 - KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) kali ke-105 (Sidang 1) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.
Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor merangkap Pro-Canselor UiTM.
Hadir sama, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.
Pada istiadat konvokesyen berkenaan, Yang di-Pertuan Agong, yang juga Tuanku Canselor UiTM, berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor ke-6 UiTM.
DYMM Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Anugerah Graduan Terbaik Utama UiTM tahun 2026 kepada 15 penerima yang cemerlang dalam pengajian masing-masing.
Istiadat konvokesyen ke-105 bakal menyaksikan seramai 32,630 graduan menerima pengiktirafan atas kejayaan menamatkan pengajian masing-masing pada peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan pascasiswazah.
Menjunjung Kasih Tuanku
Allah Peliharakan Sultan.
Creator
Date
Relation
Hantaran ini berkaitan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk menyempurnakan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105, Sidang 1
Format
Language
Type
Social Media Posting (Facebook), Royal Event, Convocation Ceremony, Honorary Title, Institutional Event
Coverage
Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, Malaysia