Menghadiri Persembahan Opereta Diraja “Rakyat Dan Raja Berpisah Tiada” di UiTM Shah Alam
Title
Menghadiri Persembahan Opereta Diraja “Rakyat Dan Raja Berpisah Tiada” di UiTM Shah Alam
Subject
Opereta Diraja, Rakyat Dan Raja Berpisah Tiada, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Raja-Raja Melayu, Sejarah Melayu, Sang Sapurba, Demang Lebar Daun, J.W.W. Birch, Pasir Salak, Institusi Diraja, Warisan Sejarah, Seni Persembahan, Awang Sariyan, Konsert Seri Budiman
Description

Jumaat, 16 Oktober 2026. Alhamdulillah, sempurnalah Persembahan Opereta Diraja: "Rakyat Dan Raja Berpisah Tiada" di Dewan Konsert Seri Budiman, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, dalam usaha mengangkat kembali sejarah keagungan Raja-Raja Melayu menerusi karya hikayat dan peristiwa bersejarah yang disesuaikan untuk mendekati generasi muda.
Naskhah dinukil YB Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, mengetengahkan kisah daripada sumber sejarah, termasuk Sejarah Melayu, dengan pendekatan yang lebih mudah difahami golongan muda.
Antara peristiwa yang dipentaskan ialah perjanjian antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun, yang menggariskan hubungan antara raja dengan rakyat, selain peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch di Pasir Salak susulan penentangan orang Melayu terhadap penjajahan.
Usaha mengangkat peristiwa sejarah sebenar perlu diteruskan tanpa mengira masa dan usia bagi memastikan generasi akan datang mengenali sejarah bangsa serta memahami nilai perjuangan dan jati diri mereka.
Persembahan selama satu jam itu disertai kira-kira 70 individu termasuk aktivis seni pentas, pelajar UiTM dan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPG).
Kami diberi amanah membuka panggung, menitip doa membuka gelanggang dan membaca doa langkah perang, meniup semangat pejuang menghidupkan gerak langkah yang dipentaskan.
Menjunjung kasih Duli-Duli Tuanku, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim, bercemar duli berkenan berangkat ke persembahan Opereta Diraja di UiTM. Menjunjung Kasih Tuanku.
Turut hadir, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi dan isteri, Pro-Canselor, Ahli LPU, Pengurusan Eksekutif dan warga UiTM.
Tahniah kepada Pejabat Adiwangsa, KIRRM, FITA, Kelab Teater dan semua yang telah menjayakan persembahan. Terima Kasih.
"Rakyat Dan Raja Berpisah Tiada"
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hantaran ini berkaitan dengan pementasan Opereta Diraja “Rakyat Dan Raja Berpisah Tiada” di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam,
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay
Type
Social Media Posting (Facebook), Royal Event, Cultural Performance, Historical Performance, Malay Heritage, Performing Arts, Institutional Event Update
Coverage
Dewan Konsert Seri Budiman, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1j9Y1kCSqy/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Menghadiri Persembahan Opereta Diraja “Rakyat Dan Raja Berpisah Tiada” di UiTM Shah Alam,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2447.