Lawatan Rasmi Naib Canselor UiTM : Lawatan ke Pangkor, Teluk Intan dan UiTM Pulau Pinang
Title
Subject
Description

Selesai majlis di Pangkor, turun ke Telok Intan meninjau kemudahan Kampus Telok Intan yang merupakan sebahagian daripada kemudahan untuk Fakulti Perubatan apabila para pelajar membuat latihan klinikal di Hospital Telok Intan.
Kemudiannya terus bergerak ke UiTM Pulau Pinang, disambut oleh JKEN dan kepimpinan MPP Pulau Pinang. Terima kasih kerana menyambut kami dan sempat menitipkan pesan kepada MPP dalam menghadapi peperiksaan, menjadi pemimpin, mengenal kekuatan, kelemahan dan fitrah diri, tahu memilih keutamaan antara amanah, hak dan tanggungjawab.
Ilmu dan hikmah itu milik Allah jua yang mengurniakannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya…
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
(Al-Baqarah 269)
Insya-Allah esok pagi ke Bertam, sebelum ke Merbok, jumpa warga UiTM Pulau Pinang dan Kedah!
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Date
Relation
Format
Language
Type
Coverage
- Telok Intan, Perak
- Pulau Pinang, Bertam